Rabu, 04 Desember 2013
Upacara kematian orang cina
Masyarakat cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Apabila berlaku kematian, mayat akan akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak nwangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudian mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkawinan. Oleh itu adalah menjadi kewajiban masyarakat cina menyimpan pakaian perkawinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan kedalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.
Apabila berlaku kematia, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila simati diletakkan diruang tamu sehingga diusung kekawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tentram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententramkan si mati agar tidak disoal di dalam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapak atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat cina. Selain itu masyarakat cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju kekawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu, masyarakat cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperebuat dari pada kayu yang diukir menarik. Lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan kedalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk mengantar mayat ke tanah perkuburan. Semasa mengiring mayat dari rumah kekawasan perkuburan, berbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat cina sebagai lambang kesedihan atau taksiah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemusik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan musik akan bermula dari rumah sehingga mayat dikebumikan. Biasanya iringan musik akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keuarga si mati akan memakai bajubberwarna hitam. warna lain tidak digalakkan, apalagi warna merah yang dikatakan mempersendah si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarha si mati adalah seperti juba hitam yang lengkap denga n topi. Kemuian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat dari pada jut atau sabut. baju ini dipakai dibahagian luar baju hitam. ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang keumah berpandukan kertas tersebut. Mayat akan dimasukkan kedalam liat lahat yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat cina tradisional, mereka memasukkan berbagai jenis harta milik simati.
Mengikut kepercayaan masyarakat cina, kawasan seperi itu akan memudahkan si mati menemui jalan pulang. Selain itu, tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. terdapat beberapa hiasan yang cantik sama daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan simati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati ketika hidup oleh karen iyu, tidak heranlah masyarakat cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia. Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi istri yang kematian suami atau suami yang kematian istri akan terus memakai baju tsb lebih lama sebagai berkabung.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar